Data bersepah
Pelanggan, order, stok dan bayaran tersebar dalam file, mesej dan nota.
LintasKod bina sistem web custom yang ikut workflow sebenar bisnes anda. Satu tempat untuk data, tugasan dan laporan — mula kecil, kembangkan bila ready.
Excel, buku rekod, Google Sheet dan chat group mungkin cukup pada awalnya. Tapi bila operasi makin banyak, kerja kecil mula makan masa besar.
Pelanggan, order, stok dan bayaran tersebar dalam file, mesej dan nota.
Team banyak copy paste, update manual dan semak perkara yang sama berulang kali.
Jualan, status kerja dan performance team susah dilihat dengan cepat.
Approval, arahan dan update penting tenggelam dalam group chat.
LintasKod satukan workflow anda dalam sistem web custom yang lebih tersusun dan mudah dipantau.
Bukan template kosong. Kita mula dengan cara team anda bekerja hari ini, kemudian tukarkan proses itu kepada sistem yang lebih kemas.
Data bisnes dipaparkan dalam satu paparan. Laporan automatik, tak perlu kira manual.
Role dan permission untuk setiap ahli team. Setiap orang nampak data yang relevan sahaja.
Proses approval, tugasan dan notifikasi. Tak perlu lagi chase dalam chat group.
Export CSV/Excel, integrasi API dan sambung dengan tool yang team anda dah guna.
Proses yang jelas dari hari pertama. Anda tahu apa yang berlaku setiap langkah.
Kami audit workflow semasa, kenal pasti proses yang makan masa dan cadangkan modul yang paling kritikal.
Bina modul utama berdasarkan keperluan sebenar. Fokus pada data, tugasan dan laporan paling penting.
Deploy sistem, onboarding team dan pastikan semua orang boleh guna dengan lancar.
Support bug, training dan penambahbaikan selepas sistem live. Tambah modul bila bisnes ready.
Harga promosi pelancaran untuk SME yang mahu mula susun workflow dengan sistem custom.
Sistem web custom asas untuk mula susun workflow bisnes anda.
Sistem web custom lebih lengkap untuk operasi harian team.
Setiap bisnes ada workflow berbeza. Ini contoh dashboard, sistem operasi dan tool dalaman yang boleh disesuaikan.
Pilih penyelesaian yang sesuai dengan keperluan, bajet dan masa bisnes anda.
Fokus modul paling kritikal dahulu supaya bajet dan risiko lebih terkawal.
Ada ruang support bug dan penambahbaikan selepas team mula guna sistem.
Bukan template umum. Sistem disusun berdasarkan cara operasi bisnes anda.
| Kriteria | LintasKod Disyorkan | Freelancer | Buat Sendiri | Syarikat IT Besar |
|---|---|---|---|---|
| Workflow bisnes | ✓ Dibina mengikut keperluan projek | ~ Bergantung pengalaman individu | ✗ Perlu reka dan uji aliran sendiri | ~ Boleh custom, tetapi biasanya lebih berat |
| Komunikasi & kelajuan | ✓ Terus, ringkas dan sesuai untuk SME | ~ Fleksibel tetapi risiko kapasiti | ✗ Masa bisnes terpecah kepada kerja teknikal | ✗ Lebih formal dan berlapis |
| Kos permulaan | ✓ Pakej jelas untuk mula dengan modul penting | ~ Boleh murah, skop kadang kurang jelas | ✗ Nampak murah, tetapi kos masa tinggi | ✗ Selalunya lebih tinggi untuk SME |
| Ownership & masa depan | ✓ Boleh dirancang untuk tambah modul kemudian | ✗ Bergantung dokumentasi dan handover | ✗ Maintenance dan security perlu dijaga sendiri | ~ Bagus, tetapi change request boleh mahal |
| Skop & dokumentasi | ✓ Skop modul, flow dan batas kerja dijelaskan sebelum build | ~ Ada yang kemas, ada yang bergantung pada gaya kerja | ✗ Perlu susun requirement dan dokumentasi sendiri | ✓ Biasanya lengkap, tetapi proses lebih panjang |
| Support selepas live | ✓ Support bug 3-6 bulan ikut pakej, dengan ruang tambah modul | ~ Bergantung availability selepas projek siap | ✗ Semua isu teknikal perlu diselesaikan sendiri | ✓ Ada support, tetapi retainer selalunya lebih tinggi |
| Risiko projek | ✓ Mula dengan modul kritikal supaya risiko scope creep lebih terkawal | ~ Risiko jadual lari jika seorang individu terlalu penuh | ✗ Risiko tinggi jika tiada pengalaman bina sistem operasi | ~ Risiko rendah, tetapi kos dan birokrasi boleh membesar |
| Kelajuan mula | ✓ Boleh mula kecil dengan Sistem Mini dan launch berfasa | ✓ Biasanya cepat jika skop kecil dan jelas | ~ Cepat untuk prototype, lambat bila mahu stabil | ✗ Discovery, proposal dan approval biasanya lebih panjang |
LintasKod seimbangkan kos, kualiti dan kelancaran untuk bisnes yang nak mula dengan sistem yang betul-betul ikut workflow mereka.
Bergantung pada skop. Untuk sistem kecil, biasanya kita mula dengan modul utama dahulu supaya boleh launch berfasa dan tambah fungsi kemudian.
Boleh. Kita akan semak proses semasa, kenal pasti bahagian paling penting, kemudian cadangkan modul yang sesuai untuk dimulakan dahulu.
Boleh. Sistem dibina supaya boleh dikembangkan ikut keperluan operasi, bukan perlu mula semula dari kosong.
Setup hosting asas, domain pointing dan deployment boleh dibantu mengikut pakej dan skop projek. Kos domain, hosting berbayar, gateway dan servis pihak ketiga biasanya dibayar terus oleh pemilik bisnes.
Ya. Sistem Mini termasuk 3 bulan support bug, manakala Sistem Bisnes termasuk 6 bulan support bug selepas sistem live.
Belum bersedia untuk konsultasi penuh? Dapatkan checklist percuma — terus ke WhatsApp anda.
Konsultasi percuma, tanpa komitmen. Kami bantu semak workflow dan cadangkan modul yang sesuai.
Konsultasi Percuma di WhatsApp