Terma penggunaan laman dan perkhidmatan LintasKod.
Dikemas kini: 26 Mei 2026
Terma ini menerangkan penggunaan laman web LintasKod dan perkhidmatan sistem web custom yang ditawarkan oleh LintasKod Solution (No. Pendaftaran Perniagaan: MA0331886-P) ("LintasKod", "kami"). Dengan menggunakan laman web ini atau menghubungi kami untuk konsultasi, anda bersetuju dengan terma berikut.
1. Perkhidmatan
LintasKod menyediakan konsultasi, reka bentuk workflow, pembangunan sistem web custom, dashboard, modul operasi, integrasi asas dan support mengikut skop yang dipersetujui.
2. Konsultasi dan cadangan
Konsultasi awal bertujuan memahami keperluan bisnes dan mencadangkan modul yang sesuai. Sebarang cadangan awal bukan jaminan hasil akhir sehingga skop, kos dan timeline dipersetujui secara bertulis.
3. Harga dan pakej
Harga yang dipaparkan di laman web adalah tertakluk kepada skop, keperluan teknikal, ketersediaan slot promosi dan perubahan semasa. Kos pihak ketiga seperti domain, hosting, payment gateway, SMS, WhatsApp API atau servis luaran biasanya tidak termasuk melainkan dinyatakan.
4. Skop kerja
Skop kerja, modul, timeline, deliverables dan tanggungjawab kedua-dua pihak akan disahkan sebelum projek dimulakan. Permintaan tambahan di luar skop asal boleh melibatkan kos dan timeline tambahan.
5. Bayaran
Terma bayaran akan dimaklumkan dalam quotation atau persetujuan projek. Kerja boleh dijadualkan selepas bayaran permulaan atau syarat bayaran yang dipersetujui diterima.
6. Kandungan dan bahan pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab menyediakan maklumat, logo, kandungan, akses sistem atau bahan lain yang diperlukan. Kelewatan menyediakan bahan boleh mempengaruhi timeline projek.
7. Support dan penyelenggaraan
Support bug disediakan mengikut pakej atau persetujuan projek. Support tidak termasuk pembangunan feature baharu, perubahan skop, kos hosting, caj API atau isu berpunca daripada perubahan pihak ketiga melainkan dipersetujui.
8. Hak milik dan penggunaan
Hak penggunaan sistem dan deliverables tertakluk kepada bayaran penuh serta persetujuan projek. Komponen pihak ketiga, library, template atau servis luaran tertakluk kepada lesen masing-masing.
9. Had liabiliti
Kami berusaha menyediakan kerja secara profesional, tetapi tidak menjamin sistem bebas sepenuhnya daripada gangguan, ralat atau isu pihak ketiga. LintasKod tidak bertanggungjawab terhadap kerugian tidak langsung, kehilangan data, kehilangan keuntungan atau gangguan operasi di luar kawalan munasabah kami.
10. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini.
11. Hubungi kami
Untuk pertanyaan berkaitan terma atau perkhidmatan, hubungi kami melalui WhatsApp di +60 16-966 1021, email utama admin@lintaskod.com, atau email alternatif lintaskodsolution@gmail.com.